suria

Tiga Cedera Bas Ekspres Terbabas

Bas ekspress terbabas di Km 28 Jalan Johor Bahru-Mersing pada Jumaat. Foto twitter @bernamadotcom

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu bas ekspres dan dua penumpang cedera manakala 43 penumpang lain selamat apabila bas ekspres dinaiki mereka terbabas di Km 28 Jalan Johor Bahru-Mersing, berhampiran Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kejadian berlaku pada pukul 9 pagi ketika bas ekspres Mara Liner tersebut dalam perjalanan dari Mersing menghala Johor Bahru untuk ke Kuala Lumpur.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca akibat pemandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Ahsmon berkata, kedua-dua penumpang merupakan wanita berumur 40 dan 47 tahun.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain