JOHOR BAHRU: Dua cedera manakala 45 penumpang terselamat apabila bas ekspres dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi, pagi Jumaat. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Jaafar Mahmood berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.47 pagi tadi. Operasi menyelamat sedang dijalankan sehingga kini, katanya ketika dihubungi. -Bernama