suria

Bapa Liwat Anak Dipenjara 81 Tahun, 8 Sebatan

KOTA TINGGI: Seorang bapa yang meliwat dan mencabul kehormatan anak kandungnya selama empat tahun dijatuhi hukuman 81 tahun penjara dan lapan sebatan pada Selasa.

Pemandu lori berusia 50 tahun yang namanya tidak didedahkan bagi melindungi identiti anaknya mengaku bersalah pada prosiding di Mahkamah Sesyen di sini.

Tertuduh mengaku bersalah atas lima pertuduhan sumbang mahram terhadap anaknya antara 2011 dan 2015, ketika mangsa berusia antara 11 dan 15 tahun.

Kini, mangsa yang juga anak kedua daripada enam beradil berusia 17 tahun.

Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana merogol, mencabul dan memaksa anaknya yang dibawah umur untuk melakukan seks oral di rumah sewa mereka di Taman Sri Saujana dan Felda Air Tawar 3 di sini.

Abang iparnya, 37 juga didakwa kerana mencabul remaja itu pada Mei 2014 bersama bapanya di Blok 1, Felda Air Tawar 2 di sini.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zahila Muhammad juga memerintahkan abang iparnya dipenjara lima tahun kerana tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan terhadap individu dengan niat melakukan perbuatan kurang sopan.

Felda Air Tawar

Artikel Sebelum

Mujur Tak Kena Langgar

Artikel Berikut

Artikel Lain