suria

KPDNKK Nafi Harga Minyak Masak Naik

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan dakwaan harga minyak masak akan naik seperti yang tular di media sosial ketika ini.

Kementerian itu dalam kenyataan pada Rabu menyatakan kekesalan terhadap  tindakan individu yang menularkan semula laporan akhbar China Press bertarikh 19 Oktober 2016 tentang kenaikan harga minyak masak.

"Tindakan tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna," kata kementerian itu.

Justeru, semua pihak disarankan supaya merujuk kepada KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan. - BERNAMA

minyak masak, KPDNKK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Harga Petrol, Diesel Naik

Artikel Lain