suria

Permit Pengendali Bas Tragedi Juru Digantung - SPAD

Keadaan dua buah bas kilang yang mengalami kemalangan jalan raya di KM 147 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Plaza Tol Juru pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung permit setiap kenderaan milik KJJ Maju Enterprise dan Icon Tours Sdn Bhd pada Selasa berikutan kemalangan maut yang melibatkan bas milik kedua-dua syarikat itu.

Dalam satu kenyataan media pada Rabu, SPAD berkata, langkah itu diambil untuk membolehkan siasatan terperinci dijalankan oleh Bahagian Pemantauan dan Audit Keselamatan SPAD.

"Ianya akan dijalankan berdasarkan piawaian Kod Amalan Keselamatan Industri dan SPAD akan mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat jika didapati melanggar undang-undang," katanya.

Lapan pekerja kilang terkorban dalam nahas yang melibatkan dua bas pekerja di Kilometer 147, Lebuhraya Utara-Selatan hala utara berhampiran Plaza Tol Juru, pada Selasa. - Bernama

Artikel Sebelum

Tapir Mati Di Tangan Siapa?

Artikel Berikut

Didenda RM1,000 Cakar Muka Adik

Artikel Lain