suria

Sohaimi Ditikam Di Kepala, Bahu

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan (gambar) cedera ditikam di kepala dan bahu oleh seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman di depan kediamannya, malam Jumaat.

Isterinya, Datin Nurul Azni Roslan ketika dihubungi mStar Online berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika Sohaimi berada di kediamannya di Sungai Buloh dan ingin keluar menuju ke Shah Alam bersama pemandu dan adik iparnya.

"Mula-mula orang itu baling batu ke arahnya dan belum sempat dia bertanya mengapa orang tersebut bertindak begitu, dia terus ditikam.

"Kejadian malam ini bukanlah kali pertama berlaku. Orang yang sama pernah menyerang suami saya sebelum ini dengan membaling batu dan menyimbah cat ke arah kereta kami," dakwanya.

Menurut Nurul Azni, keadaan Sohaimi yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Jamin itu setakat ini stabil dan beliau kini dirawat di Hospital KPJ Damansara sejurus insiden tidak diingini itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Somu Subramaniam mengesahkan kejadian itu.

Sohaimi Shahadan

Artikel Sebelum

Suspek Tikam Sohaimi Ditahan

Artikel Berikut

Artikel Lain