suria

Skim Pembiayaan Berperingkat Akan Bantu Pembeli Rumah

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan untuk meluaskan skim pembiayaan berperingkat bersyarat akan membantu pembeli rumah khususnya, mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan kemudahan pinjaman bagi rumah pertama, kata pemaju hartanah, Bina Darulaman Bhd (BDB).

Pengarah Urusan Kumpulannya Datuk Izham Yusoff berkata, syarikat itu memuji langkah kerajaan untuk memperluaskan skim yang diperkenalkan oleh PR1MA kepada para pemaju di sektor swasta, seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018 pada Jumaat.

"Kami mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion oleh kerajaan bagi merangsang sektor perumahan, khususnya pemilikan rumah,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Penilai, Pengurus Hartanah, Ejen Hartanah dan Perunding Hartanah Swasta Malaysia berkata bahawa peruntukan RM2.2 bilion itu akan membantu menangani isu-isu perumahan mampu milik dari segi keupayaan kewangan untuk pembelian dan juga merangsang meningkatkan bekalan rumah mampu milik. - Bernama

Bajet 2018

Artikel Sebelum

Sohaimi Ditikam Di Kepala, Bahu

Artikel Berikut

Artikel Lain