suria

Maut Tercampak Dalam Gaung

Mangsa maut selepas tercampak ke dalam gaung. - Gambar hiasan

SEREMBAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak ke dalam gaung sedalam kira-kira lima meter di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Bukit Putus dekat sini malam Isnin.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang Rudy Hartono Mohd Yasin berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Muhammad Hafizuddin Jali, 25, terhumban ke dalam gaung apabila motosikalnya dilanggar kereta dipandu seorang wanita yang terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Mangsa maut di tempat kejadian, katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Katanya pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.31 malam dan tiba di lokasi kemalangan kira-kira 15 minit kemudian. - Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain