suria

Anak Ugut Potong Jari Bapa

Gambar hiasan.

MELAKA: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Ayer Keroh atas pertuduhan mengugut untuk memotong jari bapa kandungnya, bulan lepas.

Randy Gan Choon Shern, 29, didakwa mengugut Gan Kim Seet, 64, dengan mengatakan akan memotong jari tangan warga emas itu hingga mendatangkan ketakutan di sebuah rumah di Taman Desa Peringgit di sini, pada 7.10 petang, 6 Oktober lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Norina Maludin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Disember ini untuk sebutan kes dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.  -Bernama

ugut, potong jari

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain