suria

Sari, Kebaya, Cheongsam Pilihan AirAsia?

PETALING JAYA: Posting pada Instagram Tan Sri Tony Fernandes menampilkan pramugari AirAsia India memakai sari sempena sambutan Deepavali tular di media sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AirAsia itu bagaikan memberi isyarat kru kabin penerbangan AirAsia mungkin mengenaikan pakaian tradisional pada masa depan.

"Uniform AirAsia India untuk Diwali," demikian catatannya pada akaun Instagram.

"Nampak hebat. Kita akan hasilkan lebih banyak pakaian kebangsaan. Amruta nampak menawan kan?" tambah beliau.

Majoriti netizen menyokong idea Fernandes dan ada dalam kalangan mereka mencadangan baju kebaya, baju kurung dan juga cheongsam untuk kru penerbangan negara.

"Kejelitaan menerusi sari. Sungguh menarik idea mengikut baju kebangsaan setiap negara," demikian komen helenoon63.

AirAsia, Fernandes

Artikel Sebelum

“Lebih Baik Pilih Diam”

Artikel Berikut

Anak Ugut Potong Jari Bapa

Artikel Lain