suria

Vincent Tan Kembali Ke Berjaya Corporation

KUALA LUMPUR: Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (gambar), pengasas dan penasihat kumpulan syarikat Berjaya Corporation, mengambil alih jawatan Pengerusi Eksekutif berkuat kuasa serta merta.

Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching melepaskan jawatan pengerusi dan kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, menurut Berjaya Corporation Bhd dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tan bersara daripada lembaga pengarah Berjaya pada 23 Feb, 2012, dan memulakan pelbagai inisiatif serta program amal dan sosial tetapi pada masa yang sama, terus meneroka peluang perniagaan baru untuk kumpulan itu.

"Saya rasa selepas berada di luar selama lima tahun, tiba masanya saya kembali ke lembaga pengarah untuk mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan dan membuat keputusan untuk menunjukkan komitmen dan akauntabiliti saya kepada pihak berkepentingan," kata Tan.

Sementara itu, anggota Lembaga Pengarah Berjaya berkata sebagai pemegang saham utama syarikat itu, adalah wajar Tan mengambil tempatnya sebagai Pengerusi Eksekutif, tambah Berjaya. - Bernama


Vincent Tan, Berjaya Corporation

Artikel Sebelum

Khidmat Teksi, Uber Di Makkah

Artikel Berikut

Artikel Lain