PETALING JAYA: Sultan Selangor murka dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap bangsa Bugis. Dalam satu kenyataan, setiausaha Mahkamah Diraja Selangor, Hanafisah Jais berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertemy dengan majlis Diraja pada Khamis dan melihat kenyataan yang dikeluarkan bekas perdana menteri itu sebagai sesuatu yang serius. Mahkamah Diraja berkata, satu siasatan mengenai hasutan berkaitan kenyataan yang menyebutkan Bugis sebagai lanun adalah wajar dilaksanakan. Tun M pada acara Himpunan Sayangi Malaysia - Hapuskan Kleptokrasi pada 14 Oktober lalu didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mempunyai pemimpin yang berasal dari keturunan "lanun Bugis".