suria

Tiga Rakyat Brunei Maut Kemalangan Di Sabah

Tiga terbunuh dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan dua lori dan sebuah kereta di Jalan Kimanis Papar dekat Kota Kinabalu pada Rabu.

KOTA KINABALU: Tiga sekeluarga terbunuh dan tiga lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di sepanjang jalan utama Kimanis-Keningau pada  Rabu.

Mangsa warga Brunei dikenal pasti sebagai Danny Chin Fon Moe, 54, Chon Chin Ogi, 55 dan Bernie Chin Sun Ron, 17.

Danny dan Chon terbunuh di tempat kejadian manakala anak perempuannya, Bernie meninggal dunia pada keesokan harinya susulan terlibat dalam insiden kemalangan dua lori dan sedan pada pukul 2 petang.

Ketua Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamatan Sabah, Khatizah Rahaban berkata, keluarga itu perlu dikeluarkan dari kereta yang telah remuk itu.

Sementara itu, mangsa yang cedera, Casno Sani, 29; Mohamad Hanfiah, 35 dan Awang Johari Yong Mohd Aziz, 30, dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Difahamkan, Casno masih dalam keadaan kritikal, manakala dua lagi dilaporkan stabil kerana hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Papar, DSP Ladamah Sulaiman berkata, kes sedang disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu secara bahaya dan menyebabkan kematian.

kemalangan maut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut