PETALING JAYA: Polis mengesahkan mereka telah mengambil keterangan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin di United Kingdom (UK). Kenyataan itu direkodkan berkaitan laporan polis yang dibuat Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap artikel Raja Petra mengenai dakwaan rasuah dalam blog Malaysia Today. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata tiga pegawai dari Bukit Aman berlepas ke United Kingdom untuk mengambil keterangan Raja Petra pada Rabu lalu. Pada 22 Oktober lalu, Apandi membuat laporan polis ke atas Raja Petra kerana tuduhan jenayah berhubung dua artikel yang mendakwa peguam negara itu menerima rasuah.