suria

Jenazah Ramli Tiba Di KLIA

Van yang membawa jenazah Allahyarham Ramli keluar dari Kompleks Kargo KLIA untuk di bawa ke Masjid Al-Syakirin Puchong Utama dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Batu 14 Puchong, Sabtu. fotoBERNAMA

SEPANG: Jenazah Ramli Abd Majid yang meninggal dunia ketika mendaki Gunung Damavand, Iran tahun lalu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu.

Van yang membawa jenazah Allahyarham dilihat keluar dari Kompleks Kargo KLIA kira-kira 11.20 pagi.

Terdahulu pesawat Mahan Air penerbangan W583 yang membawa jenazah Ramli berlepas dari Lapangan Terbang Imam Khomeini, Tehran pada 10 malam Jumaat sebelum selamat mendarat di KLIA 10.20 pagi Sabtu.

Jenazah difahamkan akan dibawa ke Masjid Asy Syakirin, Puchong Utama untuk disembahyangkan dan akan ke ke Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong untuk dikebumikan selepas Zohor.

Pada 29 Oktober lalu, Wisma Putra mengesahkan mayat yang ditemukan pihak berkuasa Iran di kawasan Gunung Damavand, Iran, adalah Ramli, pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang sejak 20 November 2016.

Ramli, 44, hilang pada November tahun lalu bersama rakannya, Syed Redzuan Syed Salim Shatri ketika berada pada ketinggian 4,200 meter Gunung Damavand.

Bagaimanapun mayat Syed Redzuan ditemukan enam hari selepas dilaporkan hilang, manakala Ramli gagal dikesan sehinggalah dijumpai setahun kemudian pada 27 Oktober baru-baru ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Laksa Johor Kini Di Melbourne

Artikel Lain