suria

Lebih Banyak Hujan Diramal Di Utara

GEORGE TOWN: Keadaan banjir di Pulau Pinang bertambah baik pada tengah hari Ahad, tetapi Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca buruk akan berterusan.

Menerusi 'posting' di laman Facebooknya, jabatan itu mengeluarkan amaran 'oren', yang menunjukkan ramalan hujan berterusan dengan angin kencang di negeri-negeri di bahagian utara iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang pada Ahad.

Pada malam Sabtu, jabatan mengeluarkan isyarat merah yang menunjukkan hujan lebat berterusan di Pulau Pinang dan Kedah.

Putrajaya telah mengarahkan polis dan tentera untuk membantu keadaan banjir Pulau Pinang.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain