suria

Amaran 'Ombak Besar' Palsu!

MMD menasihatkan agar orang awam tidak mudah percaya dengan amaran palsu mengenai kejadian ombak besar di Pulau Pinang. - Gambar hiasan

PETALING JAYA: Amaran ombak besar yang didakwa melanda pesisir pantai Pulau Pinang kini tular menerusi aplikasi Whatsapp dan ia telah mencetuskan rasa panik dalam kalangan orang awam.

Amaran tersebut meminta agar pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka dalam lingkungan satu kilometer dari kawasan pesisir pantai untuk mengalihkannya dalam kadar segera.

Tambah buruk lagi, amaran tersebut didakwa merupakan arahan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana ombak besar dijangka berlaku pada pukul 1 hingga 3 petang Isnin.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD), Alui Bahari berkata, amaran yang tular itu adalah palsu dan menasihatkan agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan pesanan yang diterima di Whatsapp atau dibaca di laman sosial.

Pesanan mengenai amaran ombak besar yang tular melalui aplikasi Whatsapp.

"Saya pun ada terima juga mesej itu. Penat juga hendak menjawab apabila ada pihak tidak bertanggungjawab sengaja menyebarkan berita palsu untuk menakut-nakutkan orang awam.

"Perbuatan tersebut hanya membuang tenaga dan merugikan masa. Lebih ketara apabila pihak berkenaan menggunakan nama JPM dan bukannya MMD," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Beliau turut menasihatkan agar orang awam menyemak sumber yang diterima dengan merujuk kepada laman web rasmi jabatan tersebut dan menerusi agensi berita yang dipercayai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain