suria

Pengasuh Didakwa Sebabkan Kematian Bayi

Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan menyebabkan kematian seorang bayi ketika dalam jagaannya. Foto Twitter bernamadotcom

IPOH: Seorang pengasuh didakwa menyebabkan kematian bayi berusia sembilan bulan di sebuah rumah di Taman Meru 2C di sini.

Nora Suella Abd Latiff, 36, didakwa di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Muhammad Syahmi Naufal Muhammad Adam Tham antara pukul 11 pagi pada 19 April dan 6.21 petang 20 April lalu.

Dia mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Hafiza Jaafar pada Isnin.

Kesalahan boleh membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Artikel Sebelum

Amaran 'Ombak Besar' Palsu!

Artikel Berikut

Artikel Lain