suria

Lelaki ‘Kaki’ Tendang Wanita, Terima Padah

Marmi (gambar kecil) mengaku menendang seorang wanita di jejantas JAlan Raja Laut pada Isnin lalu. - Facebook

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan didenda sebanyak RM1,500 oleh mahkmah majistret di sini pada Jumaat selepas dia mengaku bersalah mengasari seorang penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM).

Marmi Zabrin Mian, 34, mengaku mencederakan Or Su Lin, 34, di jejantas di Jalan Raja Laut pada pukul 1.30 petang pada Isnin lalu.

Majistret Rahni Kartini Abd Rahim menjatuhkan hukuman maksimum penjara 12 bulan dan denda sebanyak RM1,500 serta tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Marmi yang tidak diwakili peguam turut mengaku bersalah untuk tuduhan kedua pada atau di tempat dan masa yang sama, dan dia dipenjarakan tiga bulan penjara.

Kedua-dua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya, Ahmad Zikri Jaafar memberitahu mahkamah bahawa kes tersebut telah tular.

"Tahun lepas, dia mengaku melakukan perbuatan yang sama. Modus operandi yang dilakukan juga sama. Dia menyorok di belakang mangsa wanita dan menendang mereka," katanya.

Pihak pendakwaan meminta agar hukuman penjara dikenakan terhadap suspek.

Menurut fakta kes, mangsa sedang berjalan keluar dari pagar bank dan menuju ke jejantas ketika tertuduh berada di belakangnya.

Suspek kemudian menendang mangsa dan menyebabkan wanita itu jatuh.

Tertuduh berlalu dari tempat kejadian dan mangsa mengalami kecederaan.

lelaki tendang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain