suria

Fernandes ‘Jumpa’ Harith Di Gelanggang Tinju

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan pelawak Harith Iskander 'berperang mulut' apabila kedua-duanya bertanya kepada netizen siapa yang akan memenangi perlawanan tinju di antara mereka.

Pada Jumaat, Harith memuatnaik video dia sedang berlatih tinju di sebuah gimnasium.

Video tersebut menunjukkan Harith berlatih tinju dengan jurulatihnya, Irwan Izzat Iskandar yang juga pemilik sebuah studio kecergasan di Taman Tun Dr Ismail.

"Saya lihat video latihan tinju anda @tonyfernandes... ok untuk orang lama. Tida pasti bagaimana anda akan bertarung menentang lawan muda seperti saya.

"Siapa yang akan menang dalam pertarungan tiga pusingan itu?," tulis Harith pada kapsyen video tersebut di Instagramnya.

Fernandes kemudian memuatnaik semula video Harith di Instagramnya yang ketawa melihat kegigihan pelawak tersebut.

"@harithiskander cuba untuk bertinju. Hahahhhaa. Terang-terangan dia mendapat suntikan motivasi daripada saya. Perjalanan masih panjang bro," katanya.

Dalam posting itu, Fernandes memberitahu Harith bahawa mereka akan bertemu di gelanggang tinju.

Netizen turut memberi maklum balas positif mengenai pertarungan tersebut.

@the_cappuccinolife berkata:"Saya sanggup bayar untuk melihat pertarungan tersebut."

@martin_andy_official berkata:"Ia pertarungan yang harus ditonton."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain