PETALING JAYA: Sebuah penempatan setinggan di Pudu musnah dalam satu kebakaran, awal pagi Sabtu.
Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 4.05 pagi itu menyaksikan 38 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba dari balai bomba Pudu, Hang Tuah dan Tun Razak turut bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tersebut.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Namun tidak dapat dipastikan sama ada terdapat individu yang tinggal di kawasan tersebut.