suria

110 Guru, Pelajar Alami Keracunan Lepas Makan Makanan Laut

MUAR: Seramai 110 pelajar dan guru Kolej Vokasional Muar mengalami keracunan makanan selepas menjamu hidangan makanan laut yang disediakan oleh pihak asrama kolej tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Informasi dan Pendidikan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, jamuan itu diadakan pada Ahad sebagai jamuan akhir tahun kolej itu.

Katanya, makanan laut seperti kepah, udang dan ketam dihidang atas meja tanpa pinggan ala shell out.

"Klinik Kesihatan Maharani menerima makluman mengenai kejadian itu pada pukul 3.30 petang selepas 30 pelajar mengadu mengalami tanda-tanda seperti mual, perut memulas dan cirit birit.

"Kami telah mengarahkan dapur asrama agar ditutup selama tiga hari bermula 21 November untuk siasatan," ujarnya pada Isnin.

Ayub berkata, jamuan itu dihadiri seramai 380 pelajar dan guru.

Pemeriksaan akan diteruskan bagi mengenal pasti jika mangsa keracunan makanan tersebut meningkat.

keracunan makanan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain