suria

Ular Telan Dua Ekor Kambing Ditangkap

SEGAMAT: Seekor ular sawa seberat 150 kilogram yang disyaki menelan dua ekor kambing telah ditangkap oleh pihak berkuasa.

Pegawai Pertahanan Awam Segamat, Leftenan Mohd Nazlan berkata, kehadiran ular sepanjang lima meter itu dilaporkan oleh seorang penduduk Kampung Pudu, Batu Anam pada pukul 2.35 petang Isnin.

"Ular itu sedang berehat setelah menelan makanan ketika ia dijumpai.

"Proses menangkap ular itu yang melibatkan lima anggota mengambil masa selama 20 minit," ujarnya.

Mohd Nazlan berkata, penduduk kampung percaya bahawa ular itu yang menelan dua ekor kambing, baru-baru ini.

Tambahnya, ular itu telah pun diserahkan kepada Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar Segamat.

ular sawa

Artikel Berikut

Artikel Lain