ANAK lelaki Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan pada Rabu atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 20 gram. Tertuduh, Ahmad Syafi, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.