PETALING JAYA: Polis menahan dua suspek serangan molotov cocktail di sebuah surau di Damansara Damai dekat sini, Selasa. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan penahanan tersebut pada Rabu. Serangan molotov cocktail (bom botol) berlaku kira-kira pukul 6.15 pagi, selepas jemaah selesai menunaikan solat subuh. Botol yang mengandungi bahan mudah terbakar yang dipercayai minyak tanah itu, tidak meletup tetapi menyebabkan kebakaran kecil.