suria

Tiada Rampasan Di Balai Seni Negara

Mazlan Lazim.

KUALA LUMPUR: Polis menafikan membuat rampasan karya seni di pameran Biennale Kuala Lumpur 2017 di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, laporan sebuah portal berita bahawa polis merampas karya seni dari pameran itu adalah tidak benar.

"Tiada rampasan. Kita hanya menasihatkan kurator mengenai beberapa karya seni tidak begitu sesuai.

"Kurator kemudiannya menanggalkan karya seni itu dan memberikannya kembali kepada penggiat seni," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sebuah portal berita mendakwa sekumpulan penggiat seni dari Malaysia dan Indonesia menarik diri daripada pameran itu selepas polis meninjau Balai Seni Negara dan merampas beberapa karya seni yang dipamerkan di pameran itu.

Portal tersebut turut mendakwa karya seni itu diturunkan kerana ia mengandungi elemen komunisme.

Ditanya mengenai dakwaan tersebut, Mazlan berkata, polis sedang menjalankan siasatan.


Balai Seni Negara

Artikel Sebelum

Tiada Rokok ‘Kiddie Pack’!

Artikel Berikut

Artikel Lain