suria

Terpaksa Buka Pintu Air Cari Mangsa

Mangsa ditemukan mati lemas sejam selepas dipercayai terjatuh ketika sedang memancing. - Gambar hiasan

BATU KURAU: Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemukan mati lemas sejam selepas dipercayai terjatuh ketika sedang memancing di Sungai Jelai, dekat sini, Ahad.

Mayat Mohd Shafiq Mat Nor, 28, ditemukan tersepit di bawah empangan di sekitar sungai itu pada jam 7 malam Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Supt Razlam Ab Hamid, ketika dihubungi,  berkata polis menerima maklumat bahawa mangsa sedang memancing di sungai itu dan dipercayai telah terjatuh ke dalam sungai pada jam 5.52 petang.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Taiping, Mohd Noorpiah Ibrahim berkata pihaknya  bergegas ke tempat kejadian apabila menerima panggilan pada jam 6.06 petang.

"Ketika tiba di tempat kejadian didapati penduduk kampung dan polis sedang membuat pencarian di sekitar lokasi mangsa terjatuh namun mangsa tidak ditemui.

“Seorang pekerja empangan di sungai itu telah membantu membuka pintu air bagi membolehkan air sungai surut dan mangsa ditemui tersangkut pada jarak dua meter dari lokasi mangsa terjatuh,” katanya. - Bernama

lemas

Artikel Sebelum

Nyaris Maut Dihempap Pokok

Artikel Berikut

Kelantan Dilanda Banjir