suria

Murid 12 Tahun Korban Pertama Banjir Di Terengganu

MARANG: Seorang kanak-kanak lelaki, Khalid Al-Walid Juzaiman, 12, menjadi korban pertama banjir di Terengganu apabila dia ditemui lemas di kawasan tali air di Kampung Tok Hakim, Bukit Payung di sini, pukul 1.30 tengah, Selasa.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mayat pelajar itu ditemui pasukan Bomba selepas tiga jam dia dikatakan tergelincir di kawasan tali air tersebut pada pukul 10 pagi tadi.

“Mangsa dikatakan bermain di kawasan tali air yang dilimpahi air ekoran hujan lebat sejak malam tadi. Mangsa dikatakan pergi ke kawasan tersebut bersama dua rakannya.

“Dua rakannya itu bagaimanapun terselamat namun mangsa hanyut dan dijumpai lemas pada jarak 30 meter dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.-- Bernama 


Bukit Payung

Artikel Sebelum

Ku Nan Akui Celupar, Mohon Maaf

Artikel Berikut

Artikel Lain