suria

Bocor Maklumat: SPRM Lapor Polis

Azam Baki.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung pembocoran maklumat berhubung kes melibatkan bekas Exco Negeri Johor yang disiasat awal tahun ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya memandang serius pembocoran dokumen kenyataan rakaman percakapan melibatkan kes tersebut di media sosial.

"Ingin dinyatakan, dokumen kenyataan rakaman percakapan salah seorang tertuduh telah diberikan kepada peguambela atas permintaan mengikut undang-undang sedia ada untuk tujuan pembelaan selepas suspek dituduh.

"Berhubung satu jadual pembayaran yang dimuat naik di media sosial yang dikaitkan dengan siasatan tersebut, SPRM berpendapat ia telah sengaja diada-adakan untuk mengelirukan masyarakat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Azam berkata, SPRM khuatir pembocoran dokumen berkenaan akan mengganggu prosiding mahkamah berikutan kes melibatkan bekas Exco itu masih dalam perbicaraan.

"Pembocoran kenyataan sedemikian adalah bersifat prejudis memandangkan kes tersebut masih dalam perbicaraan mahkamah," katanya.

SPRM, Azam Baki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain