suria

TN50: Peluang Curah Idea Dalam Kanvas Belia

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjemput golongan belia untuk berkongsi pandangan mereka mengenai laporan inisiatif Transformasi Negara (TN50) kementerian itu sebelum dimuktamadkan dan dikemukakan kepada Perdana Menteri.

Laporan itu, Kanvas Belia TN50 menonjolkan aspirasi belia untuk era transformasi dan akan menjadi input penting dalam pembentukan program TN50.

"Penglibatan belia dalam usaha TN50 sepanjang tahun ini telah melampaui jangkaan kami. Bagi mengembalikan kepercayaan yang diberikan oleh mereka kepada kami, kementerian akan berusaha keras untuk memastikan semangat dan kasih sayang mereka terhadap negara benar-benar dipersembahkan dalam Kanvas Belia TN50," kata menterinya, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan pada Khamis.

Salinan draf digital laporan akan diterbitkan di laman web TN50 agar golongan belia dapat membaca mengenai isu-isu yang ditekankan dan menghantar maklum balas serta aspirasi mereka kepada negara.

Laporan Kanvas Belia TN50 juga mempunyai idea-idea pembangunan negara yang dicadangkan oleh golongan belia seperti platform untuk menyokong ibu bapa dengan anak kecil dan pembangunan industri baharu.

Belia juga boleh berkongsi idea TN50 masing-masing dengan berinteraksi melalui laman web Kanvas Belia TN50 atau menggunakan hashtag # ideaTN50 dalam 'posting' di media sosial mereka.

Laporan digital itu akan dikeluarkan pada 1 Disember 2017 manakala tarikh akhir untuk mengemukakan maklum balas adalah pada 31 Disember 2017.

Orang ramai juga boleh mengikuti Kanvas Belia TN50 di Facebook, Twitter dan Instagram dengan nama akaun @ myTN50.

TN50

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain