suria

Pemandu ‘Tunjuk Hebat’ Terima Padah

Kedudukan penunggang motosikal (bulatan merah) selepas dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta ketika sekatan jalan raya di Jalan Klang Lama dilakukan.

PETALING JAYA: Tindakan seorang pemandu kereta cuba menunjuk-nunjuk kehebatannya memandu pecut berakhir dengan plot-twist yang tidak disangka-sangka apabila dia terpaksa brek mengejut semasa pihak polis melakukan sekatan jalan raya.

Tambah mengharukan, pemandu tersebut melanggar pula seorang penunggang motosikal sehingga melambung ke atas jalan raya kerana dipercayai terkejut melihat terdapat sekatan yang dilakukan oleh beberapa anggota polis.

Rakaman video yang mula dimuat naik oleh Lau Meng Yau ke laman komuniti masyarakat Cina di Facebook itu tular dan turut disebarkan oleh pengendali laman Facebook berbahasa Melayu.

Rata-rata netizen berasa simpati terhadap nasib yang menimpa penunggang motosikal tersebut akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya yang lain.

Sebuah kereta cuba 'mencucuk' kenderaan yang dipandu oleh Meng Yau pada pukul 3 pagi Khamis.

"Sudahlah memandu laju, langgar orang pula. Kesian kawan yang naik motosikal itu, tak pasal-pasal tergolek. Harap tiada apa berlaku kepada dia," tulis Noor Fazliana Ramli.

"Nasib baiklah polis ada, boleh jadi saksi. Kereta tu nak ke mana? Pergilah ikut polis ke balai," komen Abdul Hadi Haizam.

Sementara itu, Meng Yau ketika dihubungi mStar Online berkata, dia baru pulang dari bertemu sahabatnya di Jalan Klang Lama ketika kejadian pada pukul 3 pagi Khamis itu.

"Sebelum kejadian, saya memandu secara perlahan untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba ada sebuah kereta memecut laju dari jauh dan 'mencucuk' kereta saya dari arah belakang.

"Saya pun berikan dia laluan, tetapi dia seolah-olah ingin mencari masalah dan mula menekan brek beberapa kali ketika berada di depan kereta saya," katanya yang sempat merakam insiden itu menggunakan kamera papan pemuka (dashcam) di bahagian depan dan belakang keretanya.

你那么厉害,你赢完了咯 ?

Posted by Mengq Yek Lau on Wednesday, November 29, 2017

Rakaman kejadian yang dimuat naik oleh Meng Yau ke laman komuniti masyarakat Cina di Facebook.

Kata Meng Yau, dia yang enggan terlibat dengan kejadian yang tidak diingini bertindak memintas pemandu tersebut sehingga kereta pemandu terbabit hilang dari pandangannya.

Namun, pemuda yang berusia 29 tahun itu tidak menyangka bahawa pemandu berkenaan akan melakukan perbuatan itu sekali lagi sehingga hilang kawalan dan melanggar seorang penunggang motosikal.

"Saya nampak penunggang itu melambung ke atas jalan raya dan bangun selepas dia dilanggar.

"Kemudian pihak polis datang memberikan bantuan kepada mangsa dan turut bercakap dengan pemandu yang melanggarnya. Saya tidak pasti apa yang berlaku selepas itu," kata Meng Yau.

video viral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain