suria

Tiga Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang

Gambar hiasan.

SANDAKAN: Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah didiami mereka musnah terbakar di Jalan Rancangan Sungai Manila di Batu 12 dekat sini, Jumaat.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew berkata kebakaran tersebut memusnahkan keseluruhan struktur rumah setingkat itu yang terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Manila.

Katanya sembilan pegawai dan anggota bomba dengan empat jentera dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 11 pagi.

Anggota bomba tiba di lokasi kejadian 25 minit kemudian dan api dipadam sepenuhnya pada pukul 12.49 tengah hari, katanya.

Menurutnya penghuni rumah terbabit terdiri daripada seorang lelaki dan dua perempuan berusia 20 hingga 55 tahun.

Beliau berkata punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain