suria

Anak Saudara Azmin, Pengarah Syarikat Bebas Reman SPRM

PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret pada Jumaat membebaskan anak saudara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali dan seorang pengarah syarikat yang didakwa melindungi kegiatan lombong pasir dan batu haram di Selangor, daripada tahanan reman dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Aida Khairuleen Azli membenarkan setiap lelaki tersebut dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin.

Mereka sebelum ini direman 10 hari bermula 30 November lalu bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung aktiviti perlombongan pasir dan batu haram di Kajang pada 2014.

Selain mereka berdua, SPRM juga menahan dua lagi lelaki di sekitar Kuala Lumpur pada 29 November lalu dan mereka dibebaskan pada Rabu lalu selepas direman tujuh hari bermula 30 November.

Berikutan penahanan itu, SPRM membekukan beberapa akaun syarikat terbabit bernilai RM4 juta.

Menurut SPRM, syarikat perlombongan itu didakwa merasuah penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit. - BERNAMA

SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Minit, Lebih 100 Nanas Licin

Artikel Lain