suria

Wanita Didakwa Cederakan Bekas Suami

KUALA LUMPUR:  Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret  atas pertuduhan mencederakan bekas suaminya minggu lepas.

Norazlin Razlan, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan di bahagian muka  Mohd Faizal Abd Latif, 36, di sebuah bangunan di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini pada 4 petang, 13 Disember lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000, jika sabit kesalahan.   

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam S. Narasimham memohon jaminan rendah atas alasan tertuduh tidak bekerja dan bapanya hanya bekerja sebagai pekebun.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Januari depan untuk sebutan semula kes. -Bernama

Isteri, Bekas Suami

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain