suria

Gadis Mangsa Culik, Rogol Enam Lelaki Diselamatkan

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Polis menyelamatkan seorang remaja perempuan yang menjadi mangsa culik, rogol dan dikurung sekumpulan enam lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Sungai Yan, dekat Yan awal pagi Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al Athras Wahid berkata serbuan dilakukan pada 6 pagi Khamis oleh pasukan khas anggota Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah setelah menerima maklumat pada Isnin lalu.

Polis kemudiannya bertindak menahan kesemua enam suspek berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun, termasuk seorang penjenayah dikehendaki itu dalam serbuan di rumah seorang daripada suspek berkenaan.

“Mangsa berusia 17 tahun itu berjaya diselamatkan selepas dikurung di sebuah stor di rumah tersebut selama seminggu dan hasil soal siasat dengan remaja terbabit, dia turut memberitahu dirogol beberapa kali oleh suspek utama.

"Suspek utama berusia 50-an memiliki 33 rekod jenayah lampau dan dikehendaki untuk kes samun, kurungan salah, dadah, memiliki senjata berbahaya dan ugutan jenayah," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Selain itu, polis turut merampas dua kenderaan jenis Proton Perdana dan BMW, dua motosikal berkuasa tinggi, helmet pelbagai jenis, telefon bimbit, televisyen dan monitor serta beberapa unit pembesar suara.

Mior Farid berkata pihaknya akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada  Jumaat. - BERNAMA

rogol, culik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain