suria

Seabed Constructor Siap Siaga Teruskan Pencarian MH370

KUALA LUMPUR: Firma perkapalan Amerika Syarikat (AS), Ocean Infinity akan meneruskan operasi mencari pesawat Malaysia Airline MH370 yang hilang.

Langkah itu sedang dirangka syarikat berkenaan sebaik memperoleh kontrak untuk tujuan berkenaan.

Kehilangan pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada Mac 2014 dengan 239 penumpang dan kru masih menjadi misteri.

Setakat ini, Australia, China dan Malaysia membelanjakan A$200 juta untuk tujuan mencari pesawat itu.

Pada Oktober lalu, Malaysia memaklumkan pihaknya sedang berunding dengan Ocean Infinity untuk meneruskan usaha mencari di mana firma ini hanya akan dibayar jika pesawat itu ditemui.

"Ocean Infinity diharap memperoleh kontrak untuk meneruskan usaha mencari MH370 dalam masa terdekat.

"Kapal kami dalam proses untuk ke lokasi pencarian sekarang kerana kontrak dijangka diperoleh dalam masa dua minggu dari sekarang," kata jurucakap firma itu kepada Reuters.

Data perkapalan Reuters pula mendapati, Seabed Constructor memulakan perjalanan dari Durban, Afrika Selatan pada Selasa ke Perth, Australia dan dijangka tiba pada 7 Februari.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, pihaknya kini diperingkat akhir rundingan dengan Ocean Infinity, bagaimanapun tidak maklum mengenai pergerakan kapal itu.

"Kami di peringkat akhir perbincangan, di pihak kami belum ada keputusan muktamad berhubung perjanjian itu," katanya.

Ditanya sama ada Australia dan China akan dirujuk sebelum menyerahkan kontrak berkenaan, Aziz berkata: "Pada dasarnya Malaysia akan membuat keputusan kerana tawaran ini dibuat kerajaan Malaysia. Kos untuk kontrak ini juga akan diputuskan pihak Malaysia."

MH370, KLIA

Artikel Sebelum

Menangis Gara-Gara Wany Hasrita?

Artikel Berikut

Azmin Ali Tanding Shah Alam?

Artikel Lain