suria

Korban Qobin Demi Negara

SEPANG: Penjelajah Grand Slam pertama negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin dua jari tangan kirnyai yang terjejas akibat cuaca sejuk melampau tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyumbang kepada negara.

Beliau yang tiba di tanah air Sabtu malam berkata, kejadian itu berlaku kerana suhu mencecah hingga negatif 26 darjah Celsius ketika melakukan pendakian.

“Ketika ini jari saya masih kebas dan dijangka pulih dalam masa sebulan.

"Saya akan terus menyumbang untuk negara dan membantu lebih ramai golongan muda mengharumkan negara pada peringkat dunia," katanya.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pesawat EK 342 Emirates dari Dubai pada pukul 10 malam, disambut dengan paluan kompang serta dipakaikan​ tanjak biru. selepas berjaya menamatkan misi penjelajahan ke Titik 90 Darjah Kutub Selatan sejauh 111 kilometer (km).

Ekspedisi Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017 melalui KE7B bermula pada 19 Disember tahun lalu dan selesai pada 27 Disember lalu.

Ketibaannya turut disambut Pengerusi Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) merangkap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles.

Qobin bersyukur kerana berjaya menamatkan misi itu dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak , keluarga dan rakyat Malaysia yang menjadi pencetus serta menyokong misi itu.

Dengan kejayaan itu, Qobin diiktiraf sebagai Penjelajah Grand Slam, sekali gus menjadi rakyat Malaysia pertama dan umat Islam ketiga serta termuda di dunia, selain 70 manusia dan penjelajah terawal yang mendapat pengiktirafan itu.

Pada 27 Disember lalu, Qobin tiba di titik berkenaan pada jam 4.05 petang waktu tempatan (11.05 pagi waktu Malaysia) bersama-sama enam penjelajah pelbagai negara serta seorang jurupandu.

Sementara itu, Akmar Hisham berkata beliau berbangga atas kejayaan Qabin yang mengharumkan nama negara serta merancang lebih banyak ekspediasi untuk disertai golongan muda di masa hadapan.

Katanya, pada Ogos ini pihaknya dengan kerjasama Muzium Negara akan mengadakan pameran kejayaan yang dicapai KE7B bagi memberi motivasi kepada masyarakat di negara ini.

Ekoran kejayaan itu, Qobin kini menempa nama sebagai penjelajah Grand Slam iaitu individu yang berjaya mendaki tujuh puncak tertinggi di tujuh benua dunia termasuk Gunung Everest, berski di Kutub Utara dan berski di Kutub Selatan.

Qobin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan