suria

Harapan: Tun M Terharu Diumum Calon PM

SHAH ALAM: Kepimpinan Pakatan Harapan sebulat suara memutuskan Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi calon Perdana Menteri jika gabungan parti itu memenangi PRU14.

Pengerusi Bersatu itu yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali kelihatan menitiskan air mata sebaik pengumuman khas itu dibacakan Ketua Setiusaha Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah.

"Pakatan Harapan dengan sukacita mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri apabila Pakatan Harapan mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan selepas Pilihanraya Umum ke-14," demikian catatan yang dibacakan pada Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di sini, Ahad.


Parti gabungan itu turut mengumumkan pengaihan kerusi Parlimen di Semenanjung yang melibatkan 165 kerusi iaitu Bersatu 52 kerusi, PKR (51), DAP (37) dan Amanah (27).- Sinar Harian

Tun M, Wan Azizah, Harapan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain