suria

Jane Teoh Dinobat Miss Universe Malaysia 2018

KUALA LUMPUR: Saat namanya diumumkan menjuarai pertandingan Miss Universe 2018, jelas kelihatan gadis berusia 20 tahun ini tergamam dan begitu terharu.

Jane Teoh, anak kelahiran Pulau Pinang menewaskan 16 finalis, sekali gus bakal mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe ke-68 pada hujung tahun ini.

Gadis berketinggian 178 sentimeter itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000, barangan berharga RM150,00O serta tajaan biasiswa Help University yang disampaikan oleh juara Miss Universe Malaysia tahun lalu, Samantha Katie James.

"Saya mahu dikenang sebagai wanita yang membawa perubahan dan menerusi landasan ini saya mahu melakukan kerja-kerja kebajikan dengan meluas untuk menangani isu sosial," katanya pelajar jurusan perakaunan dan kewangan ini.

Pertandingan Miss Universe 2018 berakhir di majlis makan malam gala yang diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur, Rabu malam.

Tempat kedua, ketiga dan keempat disandang oleh Alexis Sue-Ann, Liliana Fernandez dan Jasabel Shalani Robert.

Pertandingan Miss Universe Malaysia 2018 dihoskan  pelakon dan pengacara Stephen Rahman Hughes dan bekas Miss Universe Malaysia 2012 Kimberly Leggett.

Antara tujuh juri yang mengadili pada malam kemuncak pertandingan itu adalah pelakon dan produser Datuk Hans Isaac; Miss Universe Malaysia 2008 Levy Li; Miss Universe 2011 Deborah Henry, dan Miss Universe Singapura 2002, Nuraliza Osman.

Sementara itu, Pengarah Miss Universe Malaysia Elaine Daly yang pernah mewakili Malaysia pada tahun 2003 melahirkan rasa bangganya terhadap semua 17 finalis.

Malam gala pada tahun ini menampilkan barisan penghibur dan artis yang mantap seperti persembahan musikal solo oleh Stephen Rahman Hughes, dan juga persembahan duet oleh bakat baru, Dasha Logan dan Yasmin Aziz.

Persembahan penutup diakhiri dengan persembahan  penyanyi Yuna yang membawakan tiga  lagu iaitu Terukir di Bintang, Lullaby, dan Crush.



Jane Teoh

Artikel Sebelum

Artikel Lain