suria

Anak Panda Kedua Betina

Gambar video yang dipaparkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ketika mengadakan sidang media mengenai anak kedua pasangan panda gergasi iaitu Xing Xing dan Liang Liang yang dilahirkan pada 14 Januari lepas. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Anak panda kedua yang dilahirkan enam hari lepas di Zoo Negara, Hulu Kelang, Selangor adalah betina.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan pada Sabtu.

"Sukacita saya umumkan bahawa anak panda gergasi yang baru dilahirkan adalah betina dan seberat 190 gram.

"Anak panda ini berada dalam keadaan sihat dan sedang dijaga oleh ibunya dan para penjaga di Zoo Negara,” kata beliau.

Pasangan panda gergasi di Malaysia, Xing Xing dan Liang  Liang, menyambut kelahiran  anak kedua  itu pada 14 Januari lepas.

Ia dilahirkan secara semulajadi pada 7.50 pagi iaitu 89 hari selepas tarikh persenyawaan pasangan panda gergasi itu pada 18 Okt 2017.

Kelahirannya merupakan kejayaan Malaysia dalam Program Konservasi Panda Gergasi.

Anak panda pertama, Nuan Nuan, dilahirkan pada 18 Ogos, 2015 dan hanya berada di Malaysia selama dua tahun sebelum dihantar pulang ke Chengdu, China pada 14 November  tahun lepas.

Ini sebagai memenuhi syarat-syarat perjanjian Malaysia dan China, yang memberi peluang kepada negara ini untuk menjaga pasangan panda gergasi itu selama 10 tahun bermula dari 2014.- Bernama

Anak Panda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

BN Terbaik Memimpin Negara

Artikel Lain