suria

Tun M Tinggalkan Ceramah?

Tun Mahathir ketika memberikan ucapan di ceramah perdana Pakatan Harapan di Kampung Bukit Jambul, Pendang.

PENDANG: Tahap kesihatan yang kurang baik menyebabkan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa meninggalkan majlis ceramah perdana Pakatan Harapan Parlimen Pendang yang diadakan di Kampung Bukit Jambul, malam Jumaat.

Sebelum dijemput memberikan ucapan Mahathir kelihatan beberapa kali mengurut dadanya membuktikan beliau kurang sihat.

Di dalam ucapan, Mahathir tetap bertegas meminta rakyat menyokong pakatan harapan dan menolak BN meskipun suaranya agak perlahan.

"Saya sangat berharap rakyat bijak memilih untuk PRU 14 ini bagi memastikan gejala rasuah yang berleluasa dalam kalangan pemerintahan kerajaan kini dapat dibersihkan," katanya.

Tun Mahathir meninggalkan majlis selepas selesai memberikan ucapan.

Katanya, beliau berasa bangga dengan kewujudan Pakatan Harapan kini kerana sentiasa bersatu hati dalam mengecapi sesuatu keputusan.

"Jika dulu ada dalam kalangan pemimpin parti dalam Pakatan Harapan ini musuh ketat saya, tapi kini kami duduk bersama bagi menumbangkan BN dan semua ini adalah untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata, Pakatan Harapan kini akan berusaha untuk membantu rakyat yang kini terbeban dengan pelbagai kos sara hidup dan juga cukai.

"Jika mereka masih berkuasa selepas PRU 14 saya yakin lebih banyak cukai yang bakal diperkenalkan oleh Najib.

"Saya yakin orang Pendang tak bodoh dan bijak memilih serta menilai siapa yang layak menjadi pemimpin negara," katanya. - Sinar Online

Dr Mahathir Mohamad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Mat Lajak Kluang Ditahan

Artikel Lain