SUNGAI PETANI: Polis berjaya menahan suspek kes cabul membabitkan seorang lelaki terhadap kanak-kanak perempuan tujuh tahun di sini dalam kejadian Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, suspek berusia lingkungan 40 an ditahan pada jam 3.10 petang Isnin. Menurutnya sebelum ini, siasatan awal mendapati mangsa dibawa keluar oleh suspek dari rumahnya di Sungai Lalang selepas meminta kebenaran ibunya untuk membeli makanan pada malam kejadian, 20 Januari 2018 jam lebih kurang 11 malam. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a)Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Sebelum ini video berdurasi 20 saat tular apabila seorang lelaki dipercayai memasukkan tangan dalam baju kanak-kanak perempuan sementara pipinya mencium mangsa yang ketika itu berada di fun fair dengan berlatar belakang muzik yang kuat.