suria

UiTM Guna Boost Gantikan Wang Tunai, Kad

Reaksi ceria Idris mencuba konsol pembedahan robotik 'Da Vinci Si' selepas Pelancaran Aplikasi Dompet Elektronik Boost pada Majlis Pelancaran Cashless Campus@ Universiti Teknologi Mara (UiTM) di UITM Kampus Sungai Buloh. - Bernama

SUNGAI BULOH: Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia menjadi kampus terbesar yang menjalankan urusan tanpa tunai dan tanpa kad di negara ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris JUsoh berkata, semua transaksi di dalam kampus akan dikendalikan menggunakan aplikasi mudah alih Boost.

"Saya berkata pada ucapan Tahun Baru tempoh hari bawaha semua kampus di Malaysia harus menjadi kampus pintar menjelang hujung tahun," katanya selepas melancarkan Cashless Campus @UiTM pada Isnin.

Kata Idris, transaksi menggunakan aplikasi mudah alih adalah trend terkini.

"Sedangkan kaedah sewa basikal di Beijing juga sudah dilakukan tanpa tunai," tambahnya.

Kata Idris, semua institusi pengajian tinggi awam harus mengimplementasikan inisiatif kampus bijak.

Beliau percaya bahawa institusi pengajian tinggi swasta juga akan mengikuti trend tersebut.

Boost kini boleh digunakan di kampus UiTM Shah Alam, Dengkil, Puncak Alam dan Sungai Buloh dan diikuti oleh kampus lain di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.

UiTM, Boost

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain