suria

Siti Hasmah Disoal Siasat Polis

PETALING JAYA: Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali telah disoal siasat polis berhubung ucapannya pada perhimpunan melibatkan kaum wanita pada September lalu.

Difahamkan, sesi itu berlangsung di Yayasan Al Bukhary di sini.

Wanita berusia 91 tahun yang juga isteri bekas perdana menteri dan pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad antara yang berucap pada acara "Wanita Bantah Politik Toksik", 10 September 2017.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak perempuan Dr Siti Hasmah iaitu Datin Paduka Marina Mahathir, peguam Datuk Ambiga Sreenavasan dan pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah antara yang turut berucap pada perhimpunan itu.

Menerusi tweet Marina pada Jumaat, beliau memaklumkan akan memberi sokongan kepada ibunya yang disoal siasat itu.

"Selamat pagi semua. Saya dalam perjalanan untuk memberi sokongan kepada ibu yang sedang disoal siasat polis berhubung ucapannya pada #wanitabantahpolitiktoksik pada September lalu.

"Kami akan menemaninya. #whatisthiscountrycomingto," katanya.

Marina juga memuat naik gambar bersama beberapa wanita lain termasuk Maria dan Ambiga yang bersamanya untuk memberi sokongan kepada ibunya.

Siti Hasmah

Artikel Lain