suria

Maut Ketika Kutip Bola Golf

Gambar hiasan.
KUCHING: Seorang lelaki yang bekerja sebagai pengutip bola golf di Samarahan Golf and Country Club di sini menemui ajal dipercayai akibat serangan jantung kira-kira pukul 11 pada Rabu.

Joseph Meringgai Edward Ampan, 47, ditemui dalam keadaan terbaring sambil memegang jaring bola, oleh seorang rakan sekerjanya.

Sepasukan petugas perubatan daripada Institut Jantung Negara (IJN) yang berdekatan bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Isteri mangsa, Lina Reji, 39, berkata suaminya memang  mempunyai masalah jantung dan mengadu sakit di bahagian dada sebelum keluar bekerja pada pukul 8 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata tiada unsur jenayah atau kecederaan dikesan pada badan mangsa.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya. -Bernama

Kutiup bola Golf

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Harga Minyak Naik

Artikel Lain