suria

Bawa Mayat Kekasih Ke Balai Polis

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30an dengan tenang memandu keretanya ke balai polis Damansara untuk menyerah diri selepas didakwa membunuh teman wanitanya.

Dia dipercayai tiba di balai polis pada kira-kira pukul 3 petang Isnin.

Lelaki berkenaan turut membawa mayat kekasihnya di dalam kereta.

Lelaki itu memaklumkan polis bahawa dia mahu membuat laporan, dan mayat seorang wanita di tempat duduk penumpang hadapan dengan kesan cedera di bahagian leher.

Dia kemudian ditahan dan polis sedang menunggu unit forensik untuk membuat pemeriksaan pada kenderaan berkenaan.

Artikel Lain