PENGAWAL keselamatan ini menjadi mangsa seorang samseng penunggang motosikal berkuasa tinggi kerana berang selepas laluannya terhalang. Namun berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), palang automatik itu turun selepas seorang penunggang lain melaluinya. Akibat gagal mengawal kemarahan, pengawal keselamatan itu ditampar, ditumbuk dan disepak.