SABAN hari kes buli jalan raya semakin menjadi-jadi di seluruh negara. Terbaharu seorang pembaca mStar berkongsi pengalamannya berhadapan situasi berkenaan pada waktu malam. Bukan sahaja laluan disekat, malah salah seorang daripada suspek dilihat cuba keluar dari kenderaannya untuk menghampiri mangsa. Mangsa kemudiannya mengambil langkah keselamatan dengan membuat laporan polis.