WARGA emas berusia 60 tahun ini adalah suspek ketiga kes pembantu rumah warga Indonesia yang maut petang Ahad dipercayai didera majikannya. Suspek direman selama tujuh hari berhubung kematian mangsa dikenali sebagai Adelina Lisao, 26. Dia adalah ibu kepada dua beradik suspek berusia 36 dan 39 tahun yang juga majikan Adelina. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.