suria

Namewee Direman Empat Hari

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap Namewee ditahan reman empat hari berhubung siasatan ke atas video kontroversi 'Like A Dog'.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, penyanyi rap itu  ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin ini.

"Ya, dia telah ditahan sehingga 26 Februari bagi membantu siasatan," katanya pada hari Jumaat.

Penyanyi itu ditahan pada Khamis (22 Feb) selepas dia pergi ke Bukit Aman untuk memberikan kenyataannya mengenai video itu.

Namewee memuat naik klip video terbaharunya bersempena Tahun Baharu Cina bertajuk Like A Dog yang memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing yang didakwa mengandungi aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.


Namewee, Reman, Polis

Artikel Berikut

Artikel Lain